Pages

4 Perkara Menyebabkan Manusia Binasa

1) Mengungkit-ungkit kebaikannya (pahala) yg lalu

M
enyebabkan dia rasa dah bayak pahala, tak perlu buat lagi amal yg lain... sedangkan tanpa dia sedar, dia telah mengungkit-ungkit kebaikannya dan riak yang menyebabkan perbuatan baiknya terbatal (tidak mendapat sebarang pahala)


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosakkan pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menujuk-nunjuk kepada manusia (ria'), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah diatasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi ). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan ria' itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan pertujuk kepada kaum yang kafir. Al-Baqarah : 264.

2) Lupakan dosa-dosa yang lalu

Menyebabkan dia rasa selesa... walhal dosa masih mengunung dan belum taubat nasuha lagi, dan kemungkinan akan mengulangi perkara (dosa) yg sama....

Di samping itu juga, ada org yang memandang rendah terhadap dosa itu sendiri... ada yang dengan megahnya berkata... tak apa masuk neraka dulu, bukannya lama, nanti habis kena siksa, masuk syurga balik sebab kita orang Islam

Ingatlah ... Allah telah menempelak golongan tersebut melalui firmannya


Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api Neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"Al-Baqarah : 80


3) Membandingkan diri dgn orang yg lebih tinggi kedudukannya dlm perkara dunia

Menyebabkan dia akan terus mengejar dunia dan lalai urusan akhirat biasanya sibuk mengejar harta/pangkat/glamour dan berusaha mendapatkannya tanpa menghiraukan dosa pahala.


4) Membandingkan diri dgn orang yg lebih rendah kedudukannya dlm perkara akhirat

Menyebabkan dirinya merasa selamat, dah banyak pahala jika dibandingkan org lain yg hanya sikit sahaja amal, hanya solat 2 kali setahun, sedangkan dia ada solat tarawikh dan puasa Ramadhan

No comments:

Post a Comment