Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (Al-Ikhlaas 112:1)
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (Al-Ikhlaas 112:2)
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (Al-Ikhlaas 112:3)
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (Al-Ikhlaas 112:4) |
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Surah yang pendek ini menyamai satu pertiga al-Qur'an sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith-hadith yang sohih. Daripada Abu Sa'd, ada seorang mendengar seorang lelaki membaca Qulhuwallahuahad dengan berulang-ulang kali. Pada pagi keesokan ia datang menemui Nabi s.a.w. lalu ia menyebutkan cerita itu kepada beliau seolah-olah ia merasa surah itu sangat sedikit, lalu Nabi s.a.w. berkata: "Demi jiwaku di tanganNya, sesungguhnya surah itu menyamai satu pertiga al-Qur'an." Tiada sesuatu yang aneh dalam sabda Rasulullah s.a.w. ini kerana 'aqidah keesaan Allah yang diperintah kepada Rasul-Nya supaya diisytiharkannya dengan "Qulhuwallahuahad" itu merupakan 'aqidah bagi hati, merupakan pentafsiran bagi 'alam dan merupakan satu sistem bagi kehidupan kerana surah ini Tafsir Surah Al-Ikhlas
No comments:
Post a Comment