1. Membaca Salawat kepada Rasulullah s.a.w.
Digalakkan untuk memperbanyakkan membaca salawat ketika pahalanya dilipat gandakan seperti pada bulan Rejab kerana membaca selawat sangat besar pahalanya.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
“Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”.
[Riwayat At-tabrani].
2. Bertaubat.
Memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.
3. Berpuasa.
Digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan Sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.
4.Berdoa.
Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.
No comments:
Post a Comment