Apabila berlaku Kiamat, semua makhluk akan dimatikan oleh Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya dalam surah ar-Rahman, ayat 26-27, yang bermaksud: “Semua yang ada di bumi itu akan binasa, dan akan tetap kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”
Alam ini akan dimusnahkan mengikut ketentuan-Nya. Langit digulung oleh Allah seperti dijelaskan dalam surah al-Anbiya', ayat 104 yang bermaksud: “Iaitu pada hari Kami gulung langit seperti menggulung lembaran kertas.”
Bumi pula digenggam oleh Allah seperti dijelaskan dalam hadis dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menggenggam bumi pada hari Kiamat, sedangkan langit berada di tangan kananNya (Hadis riwayat al-Bukhari).
Ibnu Abbas berkata: Allah menggulung tujuh lapis langit dengan makhluk yang ada di dalamnya serta tujuh lapis bumi dengan makhluk yang ada di dalamnya yang semuanya digulung dengan tangan kanan-Nya. Semua itu berada di tangan-Nya seperti sebuah biji yang kecil. Kemudian Allah akan membangkitkan manusia dari kubur mereka. Ketika itu Allah menjelaskan bahawa hubungan nasab tidak bererti lagi, orang tua tidak boleh memberi pertolongan dan perlindungan kepada anaknya dan begitulah sebaliknya. Keadaan ini dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Apabila sangkakala ditiupkan, maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak ada pula mereka saling bertanya.” (Surah al-Mu'minun, ayat 101). Keadaan di atas dijelaskan dalam sebuah hadis, dari Ibnu al-Makhramah, Rasulullah bersabda: Fatimah adalah bahagian dariku. Apa yang membuatnya marah juga membuatkan aku marah dan apa yang membuatnya semangat, maka membuatku semangat pula. Dan sesungguhnya hubungan nasab itu akan terputus pada hari Kiamat kecuali nasabku (yang mempunyai hubungan) keranaku serta persemendaanku (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Selepas itu, seluruh manusia akan dihimpunkan Allah di padang Mahsyar untuk melalui pertimbangan neraca Allah. Bagi sesiapa yang berat timbangan amalnya, maka mereka adalah di kalangan orang yang beruntung kerana mereka akan ditempatkan dalam syurga Allah. Bagi mereka yang ringan timbangan amalannya, mereka itulah orang yang rugi kerana akan dimasukkan ke dalam neraka Allah. Keuntungan dan kerugian ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Barang sesiapa yang berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang yang mendapat keuntungan. Dan barang sesiapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang yang merugikan dirinya, mereka kekal di dalam neraka Jahannam.” (Surah al-Mu'minun, ayat 102-103). Timbangan ini pasti akan dilalui oleh setiap manusia dan Allah akan menimbang setiap perbuatan manusia dengan seadil-adilnya, seperti dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Anbiya', ayat 47, yang bermaksud: “Kami akan memasangkan timbangan yang tepat pada hari Kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika amalan itu seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan pahalanya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan.” (Semua manusia akan dihisab).
Rasulullah menerangkan bahawa ada satu amalan yang ringan dilakukan, tetapi mempunyai timbangan amat berat di sisi Allah. Amalan itu ialah ucapan
Subhanallahi wa Bihamdihi, Subhanallahil Azim.
Ini dijelaskan dalam sebuah hadis, daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: Dua kalimat yang ringan diucapkan dan amat berat di dalam timbangan serta dicintai oleh ar-Rahman adalah
Dalam melakukan timbangan itu, Allah juga tidak akan menzalimi hamba-Nya di atas apa yang mereka lakukan sebelum ini di atas muka bumi. Aisyah menceritakan bahawa, seorang lelaki duduk di hadapan Rasulullah lalu bertanya: Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku memiliki beberapa orang budak yang berdusta, mengkhianati dan melakukan maksiat kepadaku, lalu aku memukul dan memaki mereka, maka bagaimana kedudukan aku dari mereka? Maka Rasulullah bersabda: Semuanya dihisab sesuai pengkhianatan, kemaksiatan dan kedustaan mereka kepadamu. Jika hukumanmu kepada mereka setanding dengan kesalahan mereka, maka hal itu saling mencukupi, tidak mengenaimu dan tidak mengenai mereka.
Jika hukumanmu lebih ringan dibanding dengan kesalahan mereka, maka hal itu adalah anugerah bagimu. Tetapi jika hukumanmu lebih berat jika dibandingkan dengan kesalahan mereka, maka engkau akan dibalas. Maka lelaki itu menangis di hadapan Rasulullah dan berkata: Ya Rasulullah, tidak ada sesuatu yang lebih baik bagiku daripada melepaskan mereka. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa mereka seluruhnya merdeka (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Berdasarkan huraian di atas, sesungguhnya manusia tidak akan dapat lari daripada mizan atau neraca timbangan Allah kelak, walaupun perbuatan mereka itu sebesar biji sawi dan jelaslah bahawa setiap balasan yang diterima seseorang di dunia akan diadili semula oleh Allah SWT di akhirat kelak. Semuanya ini membuktikan bahawa Allah itu Maha Adil.

Subhanallahi wa Bihamdihi (Maha Suci Allah dan dengan memujiNya)
Subhanallahil Azim (Maha Suci Allah yang Maha Agung)
(Hadis riwayat al-Bukhari dan al-Muslim).
Dalam melakukan timbangan itu, Allah juga tidak akan menzalimi hamba-Nya di atas apa yang mereka lakukan sebelum ini di atas muka bumi. Aisyah menceritakan bahawa, seorang lelaki duduk di hadapan Rasulullah lalu bertanya: Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku memiliki beberapa orang budak yang berdusta, mengkhianati dan melakukan maksiat kepadaku, lalu aku memukul dan memaki mereka, maka bagaimana kedudukan aku dari mereka? Maka Rasulullah bersabda: Semuanya dihisab sesuai pengkhianatan, kemaksiatan dan kedustaan mereka kepadamu. Jika hukumanmu kepada mereka setanding dengan kesalahan mereka, maka hal itu saling mencukupi, tidak mengenaimu dan tidak mengenai mereka.
Jika hukumanmu lebih ringan dibanding dengan kesalahan mereka, maka hal itu adalah anugerah bagimu. Tetapi jika hukumanmu lebih berat jika dibandingkan dengan kesalahan mereka, maka engkau akan dibalas. Maka lelaki itu menangis di hadapan Rasulullah dan berkata: Ya Rasulullah, tidak ada sesuatu yang lebih baik bagiku daripada melepaskan mereka. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa mereka seluruhnya merdeka (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Berdasarkan huraian di atas, sesungguhnya manusia tidak akan dapat lari daripada mizan atau neraca timbangan Allah kelak, walaupun perbuatan mereka itu sebesar biji sawi dan jelaslah bahawa setiap balasan yang diterima seseorang di dunia akan diadili semula oleh Allah SWT di akhirat kelak. Semuanya ini membuktikan bahawa Allah itu Maha Adil.
No comments:
Post a Comment