.. Powered by Blogger.
RSS

Solat Sunat Witir


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
Zikir Selepas Solat Witirسُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ


Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :
Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Amalan Ucapan Ringan Berat Timbangan

Apabila berlaku Kiamat, semua makhluk akan dimatikan oleh Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya dalam surah ar-Rahman, ayat 26-27, yang bermaksud: “Semua yang ada di bumi itu akan binasa, dan akan tetap kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” Alam ini akan dimusnahkan mengikut ketentuan-Nya. Langit digulung oleh Allah seperti dijelaskan dalam surah al-Anbiya', ayat 104 yang bermaksud: “Iaitu pada hari Kami gulung langit seperti menggulung lembaran kertas.” Bumi pula digenggam oleh Allah seperti dijelaskan dalam hadis dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menggenggam bumi pada hari Kiamat, sedangkan langit berada di tangan kananNya (Hadis riwayat al-Bukhari).

Ibnu Abbas berkata: Allah menggulung tujuh lapis langit dengan makhluk yang ada di dalamnya serta tujuh lapis bumi dengan makhluk yang ada di dalamnya yang semuanya digulung dengan tangan kanan-Nya. Semua itu berada di tangan-Nya seperti sebuah biji yang kecil. Kemudian Allah akan membangkitkan manusia dari kubur mereka. Ketika itu Allah menjelaskan bahawa hubungan nasab tidak bererti lagi, orang tua tidak boleh memberi pertolongan dan perlindungan kepada anaknya dan begitulah sebaliknya. Keadaan ini dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Apabila sangkakala ditiupkan, maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak ada pula mereka saling bertanya.” (Surah al-Mu'minun, ayat 101). Keadaan di atas dijelaskan dalam sebuah hadis, dari Ibnu al-Makhramah, Rasulullah bersabda: Fatimah adalah bahagian dariku. Apa yang membuatnya marah juga membuatkan aku marah dan apa yang membuatnya semangat, maka membuatku semangat pula. Dan sesungguhnya hubungan nasab itu akan terputus pada hari Kiamat kecuali nasabku (yang mempunyai hubungan) keranaku serta persemendaanku (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Selepas itu, seluruh manusia akan dihimpunkan Allah di padang Mahsyar untuk melalui pertimbangan neraca Allah. Bagi sesiapa yang berat timbangan amalnya, maka mereka adalah di kalangan orang yang beruntung kerana mereka akan ditempatkan dalam syurga Allah. Bagi mereka yang ringan timbangan amalannya, mereka itulah orang yang rugi kerana akan dimasukkan ke dalam neraka Allah. Keuntungan dan kerugian ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Barang sesiapa yang berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang yang mendapat keuntungan. Dan barang sesiapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang yang merugikan dirinya, mereka kekal di dalam neraka Jahannam.” (Surah al-Mu'minun, ayat 102-103). Timbangan ini pasti akan dilalui oleh setiap manusia dan Allah akan menimbang setiap perbuatan manusia dengan seadil-adilnya, seperti dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Anbiya', ayat 47, yang bermaksud: “Kami akan memasangkan timbangan yang tepat pada hari Kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika amalan itu seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan pahalanya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan.” (Semua manusia akan dihisab).

Rasulullah menerangkan bahawa ada satu amalan yang ringan dilakukan, tetapi mempunyai timbangan amat berat di sisi Allah. Amalan itu ialah ucapan

Subhanallahi wa Bihamdihi, Subhanallahil Azim. 

Ini dijelaskan dalam sebuah hadis, daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: Dua kalimat yang ringan diucapkan dan amat berat di dalam timbangan serta dicintai oleh ar-Rahman adalah

Subhanallahi wa Bihamdihi (Maha Suci Allah dan dengan memujiNya)

Subhanallahil Azim (Maha Suci Allah yang Maha Agung) 

(Hadis riwayat al-Bukhari dan al-Muslim).

Dalam melakukan timbangan itu, Allah juga tidak akan menzalimi hamba-Nya di atas apa yang mereka lakukan sebelum ini di atas muka bumi. Aisyah menceritakan bahawa, seorang lelaki duduk di hadapan Rasulullah lalu bertanya: Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku memiliki beberapa orang budak yang berdusta, mengkhianati dan melakukan maksiat kepadaku, lalu aku memukul dan memaki mereka, maka bagaimana kedudukan aku dari mereka? Maka Rasulullah bersabda: Semuanya dihisab sesuai pengkhianatan, kemaksiatan dan kedustaan mereka kepadamu. Jika hukumanmu kepada mereka setanding dengan kesalahan mereka, maka hal itu saling mencukupi, tidak mengenaimu dan tidak mengenai mereka.

Jika hukumanmu lebih ringan dibanding dengan kesalahan mereka, maka hal itu adalah anugerah bagimu. Tetapi jika hukumanmu lebih berat jika dibandingkan dengan kesalahan mereka, maka engkau akan dibalas. Maka lelaki itu menangis di hadapan Rasulullah dan berkata: Ya Rasulullah, tidak ada sesuatu yang lebih baik bagiku daripada melepaskan mereka. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa mereka seluruhnya merdeka (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan huraian di atas, sesungguhnya manusia tidak akan dapat lari daripada mizan atau neraca timbangan Allah kelak, walaupun perbuatan mereka itu sebesar biji sawi dan jelaslah bahawa setiap balasan yang diterima seseorang di dunia akan diadili semula oleh Allah SWT di akhirat kelak. Semuanya ini membuktikan bahawa Allah itu Maha Adil.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Surah Al-Kahf

Nabi saw bersabda;”
Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya (Jumaat) sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).
Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.
Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Pada lafadz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Dia berkata: “Hadits hasan.”
Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu.
Dan pada lafadz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadis daripada Anas bin Malik pula Baginda bersabda:
“Keluar Dajjal daripada Yahudi Asfahan bersamanya 70,000 orang yahudi,”.
Pada hadits yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”

بسم الله الرحمن الرحي


A001


[All] praise is [due] to Allah , who has sent down upon His Servant the Book and has not made therein any deviance.
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)

A002
[He has made it] straight, to warn of severe punishment from Him and to give good tidings to the believers who do righteous deeds that they will have a good reward

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.


A003
In which they will remain forever
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.


A004
And to warn those who say, " Allah has taken a son."
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".


A005
They have no knowledge of it, nor had their fathers. Grave is the word that comes out of their mouths; they speak not except a lie.

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.


A006
Then perhaps you would kill yourself through grief over them, [O Muhammad], if they do not believe in this message, [and] out of sorrow.

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.


A007
Indeed, We have made that which is on the earth adornment for it that We may test them [as to] which of them is best in deed.

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.


A008
And indeed, We will make that which is upon it [into] a barren ground.

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.



A009
Or have you thought that the companions of the cave and the inscription were, among Our signs, a wonder?

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?


A010

[Mention] when the youths retreated to the cave and said, "Our Lord, grant us from Yourself mercy and prepare for us from our affair right guidance."

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa Untuk Wanita Hamil


Surah Yunus Ayat 31

Dengan izin Allah SWT yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Untuk mendengar bacaan dan terjemahan ayat ini , sila klik link dibawah ini.

0
Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam?" (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya!" Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peliharalah Waktu Sembahyang




Peliharalah Waktu Sembahyang,
Jangan Sampai Terluput!

ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ، ﻭﺍﳊﻤﺪ ﷲ ، ﻭﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻰ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ، ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﻭﻣﻦ ﻭﺍﻻﻩ
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Sembahyang fardhu itu mempunyai ketetapan atau ketentuan waktunya. Melakukan dalam waktunya bererti sembahyang itu dianggap tunai. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:




(ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ : 103)

Maksudnya: “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang ditentukan waktunya.

Ayat ini antara lain menegaskan bahawa kewajipan sembahyang itu mempunyai ketetapan waktu. Oleh yang demikian adalah berdosa jika ia dilakukan diluar waktunya tanpa uzur syar‘ie.
Tempoh bermulanya waktu diwajibkan melaksanakan sembahyang ke atas seorang mukallaf adalah sebaik sahaja masuk waktunya secara wajib muwassa‘. Ibadat wajib muwassa‘ ialah ibadat yang mempunyai tempoh waktu yang luas iaitu tempoh melaksanakan perintah ibadat
tersebut tidak meliputi seluruh waktu yang ditetapkan. Sembahyang boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam lingkungan tempoh waktu yang ditetapkan itu. Berlainan dengan ibadat haji yang mesti dilakukan dalam tempoh yang meliputi seluruh waktunya yang telah ditetapkan.Adakah boleh mengakhirkan atau melambat-lambatkan sembahyang? Menurut para ulama mazhab asy-Syafi‘e, tidak berdosa jika seseorang sembahyang pada akhir waktunya sama ada disebabkan uzur syar‘ie atau tidak, akan tetapi dia mesti berazam (berniat dan memutuskan di dalam hati) terlebih dahulu untuk menunaikannya sebelum habis waktu yang ditetapkan. Begitu juga, tidak berdosa bagi seseorang jika ditakdirkan dia mati sebelum menunaikan sembahyang dengan syarat dia hendaklah terlebih dahulu berazam untuk menunaikannya di dalam waktunya. Sebaliknya, jika seseorang itu belum menunaikan sembahyang dan tidak membuat azam untuk menunaikannya dalam waktunya, kemudian dia didatangi uzur syar‘ie yang menyebabkannya tidak dapat menunaikan sembahyang di dalam waktunya seperti didatangi haidh, atau meninggal dunia, maka adalah berdosa ke atasnya.

Salah satu dari dua perkara yang mesti dilakukan dengan masuknya waktu sembahyang adalah sama ada terus menunaikannya atau berazam untuk menunaikannya di dalam waktunya.
Menyentuh mengenai azam ini, terdapat dua jenis azam; azam am dan azam khas.

1) Azam Am ialah sebaik sahaja seorang itu baligh, maka dia mesti berazam akan melakukan segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya untuk sepanjang hidupnya.

2) Azam Khas pula ialah jika seorang itu tidak melakukan dengan segera suatu suruhan sebaik sahaja masuk waktu suatu suruhan yang ditetapkan, maka hendaklah dia berazam untuk melakukan suruhan itu. Sebagai contoh apabila masuk waktu sembahyang fardhu, maka wajib ke atas seseorang untuk terus menunaikannya atau terus membuat azam di dalam hati untuk menunaikannya kemudian di dalam waktunya.




Suruhan mengerjakan sembahyang di awal waktu.

Imam asy-Syafi‘e Rahimahullahu Ta‘ala menekankan bahawa mendahulukan (menyegerakan) sembahyang adalah antara ciri memelihara sembahyang kerana mengakhirkan sembahyang itu
dikhuatiri akan menyebabkan lupa dan luput masa. Perbuatan memelihara sembahyang ini jelas merupakan suruhan yang dituntut Allah Subhanahu wa Ta‘ala berdasarkan firmanNya:



(ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﺒﻘﺮﺓ : 238)

Maksudnya: “Peliharalah (kerjakan dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardhu khasnya sembahyang wustha. Dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyu‘.”


Walaupun ibadat sembahyang itu harus dilakukan di akhir waktu,menunaikannya di awal waktu adalah lebih baik dan mempunyai fadhilat sebagaimana diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas‘ud
Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata yang bermaksud: “Aku telah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Amalan manakah yang lebih disukai Allah Ta‘ala?” Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu menjawab: “Sembahyang pada (awal) waktunya.” Aku (‘Abdullah) bertanya: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Berbuat baik kepada ibu bapa.” Aku (‘Abdullah) bertanya lagi: “Kemudian apa?” “Kemudian jihad pada jalan Allah.”(Hadits riwayat Muslim)

Menurut pendapat yang ashah, tempoh awal waktu itu ialah apabila masuk sahaja waktu sembahyang, seseorang itu terus mempersiap diri dengan bersuci, azan dan perkara-perkara
seumpamanya untuk segera menunaikan sembahyang.


Bila haram mengakhirkan sembahyang?

Sungguhpun harus melakukan sembahyang di akhir waktu, namun kelonggaran ini ada batasnya. Adalah sangat penting untuk diketahui dan diingat, bahawa hukum mengakhirkan sembahyang sehingga ke suatu waktu yang tidak cukup masa untuk melakukan semua rukun sembahyang adalah haram.



Bagaimana kedudukan sembahyang di penghujung waktu?

Pada dasarnya, sembahyang yang dilakukan di dalam waktu, tidak kira di awal atau di penghujung waktu dengan semua rakaatnya dilaksanakan di dalam tempoh waktu yang ditetapkan, maka sembahyang itu adalah dianggap tunai. Sebaliknya, sembahyang yang dilakukan dengan semua rakaatnya berlaku di luar waktu yang ditetapkan, maka sembahyang tersebut adalah dianggap sembahyang qadha’. Namun bagaimana pula jika sebahagian sembahyang tersebut dilakukan di dalam waktu dan sebahagian lagi di luar waktu?
Dalam hal ini, ada pendapat mengatakan:
ƒ Jika terlaksana satu rakaat sembahyang atau lebih di dalam
waktunya, maka keseluruhan sembahyang tersebut adalah sah
dan dikira tunai. ƒ Jika kurang atau tidak sampai satu rakaat, maka keseluruhan
sembahyang tersebut adalah sah dan dikira qadha’. Namun di
sini perlu diingat, sembahyang yang diqadha’ disebabkan
lalai dengan sesuatu yang dilarang atau yang tidak
digalakkan seperti lalai dengan bermain catur atau dam,
walaupun setelah berazam untuk menunaikannya di dalam
waktunya, hukumnya tetap berdosa.
Contoh sembahyang di penghujung waktu:
i. Ahmad bersembahyang Asar di akhir waktu. Dia melakukan
takbiratul ihram, membaca surah al-Fatihah, membaca surah,
ruku‘, dan sujud. Kemudian dia bangkit untuk rakaat kedua.
Sebaik sahaja mahu membaca surah al-Fatihah, azan
menandakan masuk waktu Maghrib kedengaran.
Sembahyang Ahmad itu sah dan dianggap sebagai
sembahyang tunai kerana dia telah memperolehi satu rakaat
di dalam waktu Asar.
ii. Ahmad bersembahyang Asar di akhir waktu. Seperti lazim,
dia mengangkat takbir. Sebaik sahaja dia mahu membaca
surah al-Fatihah, azan menandakan masuk waktu Maghrib
kedengaran. Maka sembahyang itu sah dan dianggap sebagai
sembahyang qadha’ kerana dia tidak memperolehi satu rakaat
di dalam waktu Asar.
Ini berdasarkan hadits muttafaq ‘alaihi yang diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa yang memperolehi (menyempati) satu rakaat dari sembahyang Subuh sebelum terbit matahari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi sembahyang Subuh. Dan barangsiapa yang memperolehi (menyempati) satu rakaat dari sembahyang Asar sebelum terbenam matahari, maka sesungguhnya dia telah memperolehi sembahyang Asar.”
(Hadits riwayat Muslim)



Beberapa permasalahan mengenai sembahyang di penghujung
waktu.

Seorang yang mendirikan sembahyang di penghujung waktu, tidak harus baginya melakukan perkara-perkara sunat di dalam sembahyang, jika baki waktu yang tinggal hanya mencukupi untuk satu rakaat, bahkan wajib untuk terus melakukan perkara-perkara rukun dengan niat tunai. Sebaliknya, jika seseorang itu hendak sembahyang dan waktu sembahyang itu hanya cukup-cukup untuk melakukan semua rukun sahaja, maka harus baginya melakukan perkara-perkara sunat dalam sembahyang, bahkan inilah yang afdhal menurut qaul mu‘tamad sebagaimana di dalam kitab an-Nihayah, sekalipun akan terkeluar sembahyang fardhunya atau sebahagiannya daripada waktunya.

Adapun jika memulakan sembahyang dan baki waktu mencukupi untuk melakukan semua rakaat sembahyang, kemudian berlalu (habis) waktu dengan bacaan yang panjang sebelum habis dari satu rakaat, maka hukum yang paling tepat adalah tidak haram, tidak berdosa dan tidak makruh, akan tetapi menyalahi yang utama. Dalam keadaan kesuntukan waktu ini juga, sama ada akan terkeluar sedikit dari waktu sembahyang yang ditetapkan, umpamanya terkeluar satu rakaat atau kurang satu rakaat dari waktu sembahyang, maka adalah elok untuk tidak melakukan perkara-perkara sunat ketika berwudhu’ dan terus sahaja kepada rukun-rukun wudhu’ yang dengannya sembahyang itu dikira sah.




Bilakah dikatakan satu rakaat di dalam sembahyang itu?

Berdasarkan penerangan kitab-kitab fiqh asy-Syafi’e, yang dimaksudkan dengan satu rakaat itu adalah apabila selesai berlakunya dua sujud di dalam sembahyang iaitu setelah selesai melakukan sujud kedua dan seterusnya berdiri untuk rakaat seterusnya. Menurut kitab an-Nihayah, kadar selesai dikira satu rakaat itu adalah dengan mengangkat kepala daripada sujud yang kedua.

Berdasarkan penjelasan di atas, adalah dituntut untuk mengerjakan sembahyang di dalam waktunya. Hatta dalam keadaan kesuntukan masa, perkara-perkara sunat hendaklah ditinggalkan supaya sembahyang itu dapat dilaksanakan secara tunai. Oleh itu, walaupun mengakhirkan sembahyang itu harus, tetapi perlu diingat, jangan sampai terkeluar daripada waktu yang ditetapkan. Menyegerakannya di awal waktu adalah lebih utama dan padanya
fadhilat yang besar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Surah Al-Waqi'ah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.


* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Amalan Di Bulan Rejab








1. Membaca Salawat kepada Rasulullah s.a.w. 

Digalakkan untuk memperbanyakkan membaca salawat ketika pahalanya dilipat gandakan seperti pada bulan Rejab kerana membaca selawat sangat besar pahalanya. 

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : 

“Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”.
[Riwayat At-tabrani]. 

2. Bertaubat. 

Memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

3. Berpuasa.

Digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan Sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.

4.Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Renungan

Dari Abu Hurayrah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah Saw.: “Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.(Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)