بســـــــم الله الرحمان الرحيم
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : "Tuhan kami ialah ALLAH", kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. Mereka itulah penghuni-penghuni Syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan."
(اللهــــم أجعلنا منــــهم)
- Suratul Ahqaf ayat 13-14
صــــــــدق الله العظيم
Istiqamah bermaksud berdiri teguh sepanjang masa berada atas kebenaran dan petunjuk, tanpa berpaling ke kiri atau ke kanan.
Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab: “Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad).
Istiqamah mempertahankan kebenaran bererti sentiasa berdiri teguh menegakkan kebenaran dalam apa keadaan sekalipun.
Setiap diri yang beriman kepada Allah haruslah memiliki jiwa yang istiqamah ( memiliki pendirian yang kuat) dalam mempertahankan dan membuktikan nilai-nilai keimanan.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman yang artinya " Sesungguhnya orang-orang yang berkata, " Rabb kami adalah Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka ( dengan berkata ),'janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati;dan bergembiralah kamu dengan ( memperoleh ) surga yang telah dijanjikan kepadamu"( QS. Fushshilat : 30 ).
Cara untuk beristiqamah mempertahankan dan membuktikan nilai-nilai keimanan:
1. Penilaian Diri
Akan membuat jiwa bercermin dan sedar atas tujuan penciptaan manusia di dunia ini iaitu beribadah kepada Allah.
2. Memahami dan mengamalkan dua kalimat syahadat dengan baik dan benar.
Sehingga mendorong kita belajar agama untuk memperbaiki aqidah, mendalami tauhid dan melaksanakan perintah serta menjauhi larangan-Nya.
3. Mengkaji Al-Qur'an dengan menghayati,merenungkan dan mengamalkan isinya.
Al-Qur'an dapat meneguhkan hati orang yang beriman dan petunjuk kepada jalan yang lurus.
4. Membaca,merenungi dan mengamalkan kisah Nabi dan Rasul serta orang-orang yang soleh sehingga dapat dijadikan sebagai teladan.
5. Perbanyak taubat dan istighfar (memohon ampun pada Allah)
Perbuatan dosa yang kita lakukan akan menyebabkan noda di hati dan akan melemahkan kita untuk melakukan ibadah. Oleh karena itu dengan banyak taubat dan istighfar hati kita akan kembali bersih dan mudah menerima kebaikan.
6. Memperbanyak doa agar diberi keistiqamahan (kebahagiaan).
Yaa muqollibal qulub tsabbit qolbi 'alaa diinika ( Ya Rabb yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu). [ HR. Tirmidzi ].
7. Bergaul dengan orang-orang yang soleh.
Sangatlah penting mencari lingkungan atau teman yang semangat dalam menjalankan ibadah sehingga kita pun tertular aroma kebaikannya. Jika lingkungan atau teman kita baik maka ketika kita keliru ada yang selalu menasehati dan memberi semangat dalam kebaikan.
8. Mengikhlaskan niat semasa melakukan amal kebaikan.
Hendaknya kita membersihkan hati dari sifat ingin dipuji, riya, pamer dan sombong. Lakukanlah segalanya hanya karena Allah.
9. Mengingati mati
Terbukti ampuh untuk memompa semangat jiwa untuk beribadah kepada Allah dan istiqamah di jalan-Nya. Kita tidak tahu kapan ajal menjemput. Dengan mengingat mati kita akan berlomba-lomba mempersiapkan bekal ke alam akhirat.
Abu Bakr As-Siddiq Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah kemurnian tauhid.
Umar al-Khattab Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah iltizam terhadap perintah dan larangan serta tidak boleh menipu sebagaimana tipuan musang.
Uthman bin Affan Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah mengikhlaskan amal kepada Allah Ta’ala.
Ali bin Abi Talib Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah melaksanakan kewajipan-kewajipan.
Al-Hasan pula menyatakan bahawa istiqamah ialah melakukan ketaatan dan menjauhi ma’siat.
Mujahid pula menyatakan bahawa istiqamah ialah iltizam terhadap syahadah tauhid sehingga bertemu dengan Allah Ta’ala.
Ibn Taimiyah pula menyatakan bahawa mereka beristiqamah dalam mencintai dan beribadah kepadaNya tanpa menoleh ke kiri atau kanan.
Istiqamah
Labels:
Istiqamah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Renungan
Dari Abu Hurayrah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah Saw.: “Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.(Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)
0 comments:
Post a Comment