Ka’bul Akhbar berkata bahawa:
“Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Musa A.S yang mana Allah berfirman yang bermaksud:
a) Solat lima waktu
Subuh
''Wahai Musa, dua rakaat yang disembahyangkan pada waktu Subuh oleh umat Muhammad dan umatnya Aku ampunkan bagi mereka (yang mengerjakan solat Subuh) semua apa yang terjadi pada malam dan siang hari, dia tetap bawah lindunganKu."
Zohor
"Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, Aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat pertama, Aku beratkan timbangan pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membacakan istighfar (memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka."
Asar
"Wahai Musa, empat rakkat solat Asar yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, maka semua para malaikat di langit dan di bumi meminta mapun untuk mereka, maka sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku seksa mereka."
Maghrib
"Wahai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad danumatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan aku berikan."
Isyak
"Wahai Musa, solat Isyak empat rakaat yang dikerjakan Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah, solat itu adalah lebih baik dari dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas dari dosa-dosa. Mereka itu bagaikan anak yang baru lahir dari perut ibu."
b) Berwudhu
"Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu sebagaimana Aku perintahkan, maka Aku berikan kepada mereka setiap titik air wudhu' itu dengan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi."
c) Berpuasa
"Wahai Musa, puasa ynag dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya dalam bulan Ramadhan selama sebulan dalam setiap tahun, maka akan Aku berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap kebaikan yang dilakukan oleh mereka, yang sunat akan diberikan pahala sebesar pahala
fardhu.
d) Lailatul Qadar
Aku berikan kepada mereka satu malam yang bernama Lailatul Qadar, barangsiapa yang membaca istighfar pada malam itu hanya sekali tetapi dengan bersungguh-sungguh dan menyesal di dalam hatinya terhadap kesalahan-kesalahannya. Apabila dia mati pada malam itu atau pada bulan itu, maka Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 orang mati syahid."
"Wahai Musa, di antara umat Muhammad S.A.W ada orang-orang yang berdiri di atas tempat-tempat tinggi untuk mengucapkan kalimah syahadah La ilaha illallah, maka pahala mereka bagaikan pahala para Nabi-nabi a.s dan rahmat-Ku wajib ke atas mereka. Sedangkan murkaKu jauh dari mereka dan tidak akan Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mana mereka tetap bersyahadah Asyhadu an Lailahaillallah."
0 comments:
Post a Comment